Privacy Policy

E. Excel menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Ini termasuklah maklumat yang kami perolehi melalui, atau bersekutu dengan, laman web kami di halaman www.eexcel.com.my, dan aplikasi berkaitan yang kami sediakan, bersama-sama dengan semua produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui laman web kami dan / atau aplikasi yang berkaitan, laman media sosial berkaitan, atau melalui interaksi anda dengan kami (laman web, aplikasi, produk, perkhidmatan, halaman media sosial, secara kolektifnya, "Perkhidmatan-Perkhidmatan").

Dengan menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan E. Excel, anda bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Dasar Privasi ini, anda harus menghentikan penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan E. Excel. Dasar Privasi ini boleh dipinda mengikut budi bicara E. Excel dari semasa ke semasa tanpa notis kepada anda. Versi Dasar Privasi yang terkini akan dipaparkan di Laman Web dan berkuatkuasa serta-merta. Sila lawati Laman Web dengan kerap untuk memeriksa sama ada terdapat pindaan pada mana-mana bahagian Dasar Privasi. Penggunaan berterusan anda terhadap Perkhidmatan-Perkhidmatan selepas pindaan Dasar Privasi dibuat bermaksud anda memperakui pindaan Dasar Privasi.

 

KUTIPAN & PENGGUNAAN

E. Excel memastikan bahawa polisi dan amalannya berhubung dengan kutipan, penggunaan, pemindahan dan akses data peribadi mematuhi prinsip perlindungan data dan semua keperluan yang berkaitan dengan Ordinan Data Peribadi (Privasi) di bawah undang-undang Malaysia.

E. Excel menerima dan menyimpan maklumat peribadi dan bukan peribadi mengenai anda dan penggunaan Perkhidmatan-Perkhidmatan anda. E. Excel mengumpul dan menggunakan maklumat ini untuk menyediakan produk-produk dan perkhidmatan kepada anda. Maklumat akan dikumpulkan secara langsung apabila anda memberikannya kepada kami, secara automatik apabila anda log masuk sebagai hasil daripada penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan-Perkhidmatan, dan melalui sumber pihak ketiga seperti Google serta melalui interaksi anda dengan kami di laman media sosial.

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan-Perkhidmatan, E. Excel akan merekodkan hanya kunjungan anda sahaja dan maklumat peribadi anda yang dikenalpasti ("data peribadi", iaitu maklumat mengenai anda dan mengenalpasti anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama penuh anda, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penghantaran dan maklumat pembayaran) tidak akan disimpan sehingga anda mendaftar dengan E. Excel.

Seperti pelbagai laman web yang lain, laman web E. Excel menggunakan kuki (fail komputer kecil yang disimpan di komputer anda untuk tujuan mendapatkan maklumat konfigurasi dan menganalisis tabiat pelayaran anda) untuk meningkatkan pengalaman anda di laman web dan menjadikannya lebih peribadi dan mudah. Sekiranya anda menolak kuki, anda mungkin tidak dapat memanfaatkan ciri-ciri tertentu pada laman web. Kuki yang digunakan oleh E. Excel tidak akan digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi yang dikenalpasti.

 

KESELAMATAN

Laman web E. Excel menggunakan pautan protokol SSL untuk penghantaran data bagi melindungi data anda melalui pengekripsian dalam format yang selamat agar privasinya dikekalkan. Semua data peribadi yang anda berikan kepada E. Excel adalah selamat di dalam Laman Web atau pelayan dengan akses terhad oleh kakitangan yang diberi kuasa sahaja.


PENGGUNAAN MAKLUMAT

E. Excel boleh menggunakan maklumat yang anda berikan atau maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan berikut dan untuk tujuan-tujuan lain yang dipersetujui antara anda dan E. Excel atau jika dikehendaki oleh undang-undang dari semasa ke semasa:

● memberikan Perkhidmatan-Perkhidmatan dan membenarkan E. Excel untuk mentadbir, mengendali, menyenggara dan meningkatkan prestasi Perkhidmatan [dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh gabungan-gabungan E. Excel];

● memproses dan memenuhi pesanan anda, arahan pembayaran dan / atau kemudahan kredit;

● mengesahkan dan / atau memeriksa maklumat pembayaran dan / atau kredit anda berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan-Perkhidmatan;

● membolehkan operasi harian akaun anda dan / atau pengumpulan amaun yang tertunggak dalam akaun anda;

● menyediakan anda dengan bonus;

● menjalankan analisis data untuk membolehkan E. Excel memahami dengan lebih baik tabiat pembelian anda;

● merekabentuk atau membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang disediakan oleh E. Excel;

● berkomunikasi dengan anda;

● menganjurkan latihan atau seminar atau lain-lain program pembangunan;

● menyiasat aduan dan transaksi yang mencurigakan atau tanpa kebenaran;

● mencegah atau mengesan jenayah atau tingkah laku yang menyalahi undang-undang.

 

PENDEDAHAN

E. Excel boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau di luar negara) data peribadi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan di bahagian sebelumnya kepada pihak-pihak berikut:

● syarikat, ejen, atau kontraktor lain yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihaknya atau memberikan perkhidmatan yang berkaitan kepada E. Excel (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pentadbiran, pemprosesan data, pengedaran, penyelidikan, profesional, atau telekomunikasi) kepada E. Excel (seperti memberikan syarikat penghantaran alamat anda untuk penghantaran pesanan anda) yang tertakluk kepada kerahsiaan kepada E. Excel;

● Pengedar-pengedar atau penaja lain; dan

● mana-mana sekutu E. Excel, sama ada di dalam atau di luar Malaysia

E. Excel tidak berkongsi maklumat dengan pihak luar kecuali setakat yang diperlukan untuk menyelesaikan pesanan anda.

E. Excel juga akan mendedahkan dan memindahkan data peribadi anda apabila perlu untuk mematuhi undang-undang, peraturan, dan penguatkuasaan undang-undang dan permintaan kerajaan.

E. Excel tidak akan mendedahkan atau memindahkan maklumat peribadi anda jika ia tidak berkaitan tanpa meminta persetujuan anda atau memberikan anda pilihan untuk pilih-keluar. Jika anda tidak mahu E. Excel memindahkan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, sila maklumkan kepada Khidmat Pelanggan di [email protected].

 

AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda yang terdapat di E. Excel dan meminta E. Excel untuk membetulkan apa-apa data peribadi yang anda berikan kepada E. Excel yang mana tidak tepat atau telah menjadi tidak tepat. Sila hantarkan permintaan anda secara bertulis kepada alamat E. Excel di 1001A Level 10 A Uptown 5. No. 5, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor atau di alamat e-mel [email protected].

Selaras dengan dan setakat yang dibenarkan oleh Ordinan, kami berhak mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan akses data peribadi.