Disclaimer

Sila rujuk label produk untuk mendapatkan senarai penuh ramuan. Produk-produk ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya anda mempunyai masalah perubatan,  menggunakan ubat, hamil atau menyusu, dapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan profesional anda sebelum menggunakan sebarang produk.

Maklumat pada laman web ini disediakan sebagai maklumat semata-mata. Maklumat ini tidak dimaksudkan mahupun dibayangkan sebagai pengganti nasihat atau penjagaan perubatan berdasarkan pengetahuan. Tindakan tidak boleh diambil atau ditinggalkan berdasarkan maklumat pada laman web ini sahaja atau mana-mana perkhidmatan E. Excel. Anda tidak boleh menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit tanpa merujuk kepada pakar penjagaan kesihatan profesional anda.

Maklumat pada laman web ini mungkin mengandungi rujukan kepada penyelidikan saintifik yang telah dilakukan mengenai satu atau beberapa bahan yang digunakan dalam produk E.Excel. Maklumat ini telah dimasukkan ke dalam laman web ini untuk menunjukkan bahawa masyarakat saintifik mendokumenkan dan mengesahkan kuasa luar biasa makanan berasaskan tumbuhan, tetapi hanya dalam keadaan dan bagi kegunaan khusus yang diterangkan dalam kajian yang dirujuk itu. E. Excel tidak khususnya mendakwa  keberkesanan produknya. Walaupun produk E. Excel mungkin mengandungi satu atau beberapa bahan yang dijelaskan dalam kajian sedemikian, namun tidak ada jaminan bahawa penggunaan produk tersebut akan mencapai mana-mana hasil yang dijelaskan dalam kajian tersebut. Sebarang dakwaan oleh sesiapapun dinafikan dan ditolak oleh laman web ini dan oleh E. Excel. Menjadi tanggungjawab anda untuk menilai ketepatan, kesempurnaan, atau kegunaan sebarang maklumat, pendapat, nasihat, atau kandungan lain yang terdapat pada laman web ini. E. Excel tidak menyatakan mahupun menjamin bahawa maklumat yang terdapat pada laman web ini tiada kesilapan, lengkap, atau terkini. E. Excel berhak membetulkan kesilapan dan/atau mengemaskinikan kandungan laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis.

E. Excel tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana anda bergantung pada maklumat yang diperoleh melalui laman web atau perkhidmatan E. Excel. E. Excel tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan atau kebolehpercayaan sebarang pendapat, nasihat, atau pernyataan pada laman web ini. Dengan menggunakan laman web atau perkhidmatan E. Excel, termasuk membaca, melayari, atau membeli, anda bersetuju melindungi E. Excel terhadap sebarang dan semua tuntutan atau tanggungjawab yang mungkin timbul kerana anda menggunakan laman web atau perkhidmatan E. Excel, dan anda menerima tanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang liabiliti undang-undang, perubatan, dan kewangan yang timbul kerana anda menggunakan laman web ini atau perkhidmatan E. Excel.